'Saya tak terbabit'

Friday 21 June 2013 0 comments

'Saya tak terbabit'Tengku Abdullah
Tengku Abdullah enggan buat spekulasi atau komen isu pegawai FAM bawa isteri ‘melancong’ ke Slovakia


Kuala Lumpur: "Saya tidak suka menuding jari atau tuduh menuduh, itu bukan cara saya,” kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, semalam.

Reaksi itu terarah kepada ‘topik hangat’ mengenai dakwaan dilontarkan oleh penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (PAFA), Tan Sri Annuar Musa, kelmarin mengenai isu latihan skuad Harimau Muda A di Slovakia untuk ‘memudahkan pegawai dan isteri masing-masing melancong’. 

Tengku Abdullah berkata, beliau tidak tahu menahu dengan hal itu dan enggan membuat sebarang spekulasi, apa lagi bidang kuasanya lebih terarah kepada membuat dasar. 


“Saya tidak berani membuat sebarang spekulasi... saya sendiri pun tidak terbabit dalam hal ini... kita membuat dasar saja dan ini semua adalah di bawah urusan pentadbiran. 

“Jadi saya tak tahulah....saya tidak suka menuding jari, itu bukan cara saya,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan pertemuan dengan pemain skuad hoki kebangsaan menjelang Kejohanan Separuh Akhir Liga Dunia, semalam. 

Mengulas mengenai satu lagi dakwaan Annuar mempersoalkan ke manakah FAM membelanjakan wang tajaan RM30 juta, Tengku Abdullah berkata: “Saya tidak terbabit dalam urusan kewangan FAM... apa yang saya tahu ada tajaan dan saya percaya Tuanku presiden juga kena keluar duit sendiri juga.. tetapi secara faktanya RM30 juta memang tidak cukup.”

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 Create Your LifeStyle's | TNB