Perompak gagal melarikan mesin ATM

Sunday 23 June 2013 0 comments

Perompak gagal larikan  mesin ATMAnggota polis berkawal di tempat kejadian rompakan di sebuah bank di Jalan Muar-Pagoh, dekat Bukit Pasir, semalam.
Muar: Sekumpulan tiga penjenayah gagal melarikan mesin juruwang automatik (ATM) dalam satu rompakan di sebuah bank di Jalan Muar-Pagoh, dekat Bukit Pasir, di sini, semalam. 


Dalam kejadian ra jam 5.30 pagi itu, penjenayah yang memakai topi keledar terpaksa melarikan diri apabila tali yang digunakan untuk mengikat mesin berkenaan terputus ketika mereka cuba menarik mesin ATM terbabit menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda. 
CCTV disembur cat 


Difahamkan, suspek terlebih dulu menyembur cat pada kamera litar tertutup (CCTV) di luar bank berkenaan bagi mengelak perbuatan mereka dirakam. 

Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Liza, 34, berkata beliau menyedari kejadian itu apabila terdengar bunyi kaca pecah disusuli deruman kuat kenderaan dari kawasan bank berkenaan. 

Katanya, ketika itu beliau sedang membuat persiapan membuka warungnya yang terletak hanya kira-kira 150 meter dari bank berkenaan. 

“Ketika itu saya nampak dua lelaki bertopi keledar di luar bank dan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam sedang menarik keluar mesin ATM,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 Create Your LifeStyle's | TNB