‘Coklat bantu mengurangkan berat badan’

Sunday 23 June 2013 0 comments

‘Coklat bantu kurangkan berat badan’Popat menunjukkan coklat sihat yang dihasilkannya.
London: Seorang graduan matematik menghasilkan coklat yang dianggap sebagai snek versi menyihatkan pertama dunia dan didakwa dapat membantu pengamal diet mengurangkan berat badan. 

Kepingan coklat 20 kalori itu yang dapat membantu pengguna menghilangkan berat badan, dibekalkan kepada restoran Michelin dan hotel di London. 

Coklat yang dinamakan ‘The Chocolatier’ itu dicipta oleh Aneesh Popat, menggabungkan air berperisa koko untuk menghasilkan snek kalori rendah yang dapat membantu pengamal diet daripada memakan coklat berkalori tinggi. 


Ia tidak mengandungi bahan berlemak seperti mentega, krim, gelatin dan telur serta mempunyai pelbagai perisa. 

Dicipta graduan matematik 

Popat, graduan matematik berusia 25 tahun, berkata: “Sejak mula saya memang sukakan coklat. Jika semua dalam dunia dihasilkan daripada coklat, saya sudah memakannya. 

“Cinta saya pada coklat membawa kepada keasyikan dan menggunakan latar belakang matematik dan saintifik untuk menghasilkan gabungan perisa paling unik dengan tepat dan penuh kreativiti. 
“Saya belajar sendiri dan sejak itu mendapat ilham daripada ramai pembuat coklat dan cef hebat. Saya mengembara ke seluruh dunia dari Brugges ke Mumbai mencari resipi terbaik.” 

Coklat menyihatkan itu dihasilkan dengan air berperisa seperti cola bergas, strawberi pudina, teh dan kekacang epal. 

Pakar pemakanan, Dr Sarah Schenker, berkata coklat berkalori rendah itu dapat membantu penggemar coklat yang mempunyai berat badan berlebihan. 

“Disebabkan coklat ini dapat berbangga dengan paras rendah kalori dan kandungan air tinggi, ia memberi manfaat kepada orang ramai yang mahukan makanan sihat selain sosej gulung atau coklat biasa. 

“Ia menjadi penggalak kepada orang ramai beralih kepada coklat menyihatkan ini sebagai snek tetapi perlu dimakan dengan berhati-hati kerana kita jangan lupa coklat sebenarnya boleh dinikmati sekali-sekala. 

“Sudah pasti faedahnya dapat membantu mengurangkan berat kerana mudah menjauhi snek tidak menyihatkan,” katanya. 

Popat berharap dapat membuka kedai pertamanya di stesen St Pancras di London pada musim luruh ini. 

“Reaksi orang ramai mengagumkan. Selepas mengambil resipi awal dan menghasilkan kumpulan pertama coklat ini saya tahu ia berpotensi mengubah hidup saya. 

Mahu buka restoran 

“Saya tidak pernah menyangka akan berada di tahap sekarang dan ia masih belum jauh. Proses seterusnya ialah membuka kedai dan memulakan hubungan dengan restoran. 

“Memang menyeronokkan mengetahui orang ramai menikmati apa yang anda hasilkan. Ramai bergelut dengan berat badan tetapi saya rasa saya di sini untuk menyelamatkan hari dan bentuk badan mereka,” katanya. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 Create Your LifeStyle's | TNB