BN sentiasa utama masa depan pelajar

Friday 21 June 2013 0 comments
                                       
Dana RM500j kepada UMK untuk naik taraf kemudahan

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berkata, peruntukan sebanyak RM500 juta kepada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) membuktikan masa depan pelajar sentiasa diutamakan Kerajaan Barisan

Nasional (BN).

Perdana Menteri berkata, peruntukan itu bertujuan untuk menaikkan taraf pelbagai kemudahan asas di institusi pengajian tinggi di negeri yang ditadbir pembangkang. 
“Universiti Malaysia Kelantan terima RM500 juta daripada Kerajaan BN untuk menaikkan taraf kemudahan asas. 


“Masa depan pelajar sentiasa diutamakan,” katanya menerusi tweet terbarunya semalam.

Rabu lalu, UMK menerima peruntukan RM500 juta daripada Kerajaan Pusat bagi melengkapkan universiti itu dengan beberapa kemudahan asas, termasuk kompleks asrama pelajar dan akademik.

Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose, berkata kemudahan asas itu dijangka siap 2015 dan akan dapat menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah iaitu daripada 4,600 kini kepada 10,000 pelajar menjelang tahun depan.

Gabungan ilmu, moral 
Menerusi laman sosial Facebooknya pula, Perdana Menteri berkata, masyarakat berilmu perlu dilengkapi moral dan akhlak terpuji untuk membentuk masyarakat dan negara terbilang, selain melonjakkan prestasi dan menjamin kemakmuran negara. 

“Secara peribadi, saya juga berpendapat bahawa ilmu perlu dilengkapi dengan moral dan akhlak terpuji. Gabungan ilmu dan moral akan membentuk masyarakat dan negara terbilang,” katanya yang bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengenai kepentingan melabur menerusi ilmu.

Baru-baru ini, Mohamed Khaled mengingatkan belia supaya menguasai ilmu, kemahiran dan pengetahuan supaya dapat menyumbang kepada pembangunan negara yang menyeluruh kerana sifat itu akan menjadikan belia lebih berdaya saing dan berfikiran positif serta menjadikan mereka aset penting dalam masyarakat.

Minta kerjasama 

Selain itu, menerusi tweetnya semalam juga, Perdana Menteri berharap orang ramai dapat memberi kerjasama dengan Jabatan Perangkaan yang kini merangka kaedah pungutan maklumat yang moden dan praktikal.

“Jabatan Perangkaan rangka kaedah pungutan maklumat yang lebih moden dan praktikal menerusi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), berikan kerjasama anda demi kebaikan bersama,” katanya.

Baru-baru ini, jabatan itu menjamin pengeluaran maklumat lebih pantas dan boleh dipercayai menerusi kaedah pungutan maklumat secara mengisi sendiri melalui e-survey dan e-mel adalah antara inisiatif berkenaan selain mengisi sendiri menggunakan telefon dan faks.

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 Create Your LifeStyle's | TNB